Wednesday, December 21, 2011

MURAL: BAHAN DAN ALAT


ROLLER
Bagi memudahkan kerja pada ruangan yang besar, saya menggunakan roller.
Ini bagi menjimatkan masa untuk menyiapkan sesuatu karya.
Roller juga diguna pada bahagian tidak ditail iaitu bahagian plane.


CAT(paint)
Cat lebih sesuai digunakan berbanding pelaka kerana kandungan acrylic dalam
cat lebih tahan lama berbanding pelaka. Saya menggunakan cat jotun kerana
warnanya lebih cantik dan lebih ekonomi.



ACRYLIC SPRAY PAINT

Bagi proses menghasilkan mural seperti stensil, cukuplah sekadar menggunakan
acrylic spray paint. Tidak terlalu mahal bagi jenanma seperti diatas tetapi rata- rata tidak melebihi RM10/can. Stensil adalah pilihan saya dimana saya menggabungkan teknik ini dalam hasil mural saya kerana senang dan mudah. Tetapi teknik ini memerlukan kesabaran ketika memotong imej yang dilukis di atas filem.




PELAKA

Pelaka merupaka cat mural yang mudah didapati di art shop atau kedai alat tulis. Pelaka biasanya digunakan di dalam(INDOOR)
Ini kerana pelaka tidak tahan lebih lama dengan keadaan cuaca sekeliling jika ianya digunakan dalam mural luar(OUTDOOR).


OHP FILM( ARTISTIC FILM)

Artistik filem merupakan bahan yang digunakan untuk mengukir/memotong imej
yang dilukis diatasnya. Selain filem ini, kertas yang keras juga boleh digunaka.. Penggunaan
artistik film adalah paling praktikal kerana imej lansung boleh ditekap kerana ianya lutsinar.



STENCIL CUTTER/KNIFE

Untuk proses pemotongan imej pada Artistik Film, pemotong khas digunakan iaitu Stensil cutter.
pemotong ini disediakan dengan pelbagai jenis mata mengikut saiz, oleh itu pada bahagian kecil senang
dipotong dengan menggunakan mata yang kecil.


BRUSH

Berus yang pelbagai saiz sangat penting
Posted by Picasa

3 comments:

  1. Assalamualaikum en.faiz
    Jika sy offer en.faiz buat lukisan dinding di rumah sy agak2nya boleh ke..
    Boleh Hbungi sy yuri 012 2729627

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum en.faiz
    Jika sy offer en.faiz buat lukisan dinding di rumah sy agak2nya boleh ke..
    Boleh Hbungi sy yuri 012 2729627

    ReplyDelete
  3. Cat yang boleh digunakan untuk polistrene?

    ReplyDelete