Wednesday, December 21, 2011

MURALISME 1: PENGENALAN


Mural adalah suatu catan pada dinding yang dimana yang menunjukkan hasil karya yang memberi makna serta menyampaikan mesej- mesej tertentu. Mural biasanya dibuat di dinding- dinding sekolah atau bangunan- bangunan tertentu. Kebelakangan ini saya menghasilkan karya melalui mural. Terbaru membuat mural di tadika Politeknik Kota Bharu. Saya begitu minat dalam menghasilkan catan mural. terdapat beberapa teknik dalam menghasilkan mural. Bergantung kepada pelukis mural itu sendiri serta kepakarannya dalam menghasilkan karya tersebut. Bagi saya, lebih suka menggunakan teknik STENSIL dimana ianya menggunakan SPRAY PAINT . Saya menghasilkan imej dengan menggunakan ARTISTIK FILM dengan melukis objek yang dikehendaki dan dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam.

Menggunakan teknik STENSIL bagi saya lebih cepat kemas dan rapi. Tiada lebihan cat yang meleleh kerana SPRAY PAINT yang disembur mengandungi bhan ACRYLIC yang mana kita tahu bahan tersebut bertindak dengan cepat untuk kering. Kesan SPRAY PAINT juga menghasilkan kilatan yang lebih berbanding cat biasa. Untuk hasil yang menarik saya tidak menggunakan PELAKA dalam karya mural saya seperti kebanyakan orang kerana ianya tidak tahan dengan keadaan cuaca yang berubah- ubah. Saya menggunakan cat JOTUN kerana warnanya lebih menarik berbanding PELAKA. Walaupun agak mahal sedikit tetapi berbaloi untuk hasil karya yang dibuat.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment